"Lawas buang air... rasa ok badan."
Kak Rafeah, 51 tahun
SERI, gabungan daun moringa & pandan wangi, tiada gula tambahan. Minuman botani yang mudah dijadikan rutin harian..
Bancuh sekali, minum sepanjang hari. Rutin ringkas Kak Rafeah.
Lawas buang air, tak lapar dan rasa ok badan. Dia ada bau macam wangi, dan tak ada rasa meloyakan.
Rafeah, panggil Raf je. Umur saya tahun ni genap 51 tahun.
1 hari sekali. Pagi je, saya minum sekali. Saya minum suam.
1 uncang tu, bila dah habis minum, akak tambah air lagi, sampai dia jadi jernih. Saya amalkan sebelum sarapan.
Saya bangun pukul 1 atau 2 pagi, dan minum SERI pukul 3 atau 4 pagi. Saya tidur awal, lepas Maghrib. Lepas Isya, saya bangun dan solat Isya. Lepas tu, saya tidur semula sampai pukul 1 atau 2 pagi, bangun sebab nak buat kerja persiapan meniaga pagi, pulut panggang.
Sambil buat kerja, sambil minum SERI, sebab saya dah rendam dia awal-awal. Jadi sambil buat kerja, sambil minum suam. Saya tak minum ais.
Berbaloi harga SERI. Tak mahal sangat, ok lah.
Kalau dia boleh buat kita tak lapar, sebab akak ni, kejap-kejap lapar, kejap-kejap lapar. Akak dalam proses diet, jadi kalau akak makan telur pagi, boleh tahan lapar sampai petang. Kalau lapar, baru akak rebus telur dan makan. Kalau tak lapar, sampai petang lah akak tak makan.
Tapi petang memang akak akan makan petang, makan nasi sekitar 6 petang, sebab akak ada dengar sarapan tak penting yang sebenarnya. Akak rasa badan akak boleh tahan, maka akak buatlah.
Testimoni sebenar daripada pelanggan, dikongsi dengan keizinan. Pengalaman individu adalah berbeza, termasuk amalan diet peribadi yang disebut di atas. Produk bukan bagi tujuan nasihat atau rawatan perubatan.
Kak Rafeah bukan seorang yang berkongsi pengalaman ini.
"Badan rasa ringan. Kalau tak buang air besar dua hari pun, tak sembelit." Cikgu Mohaya, 71 tahun. Testimoni sebenar, dikongsi dengan keizinan. Pengalaman individu berbeza.
Sebelum, dan selepas jadikan SERI rutin harian.
Sebelum
- Perut rasa berat, susah membuang, sepanjang hari
- Pembuangan air besar tak konsisten, kadang berhari-hari
- Badan rasa tak selesa, kurang bertenaga
Selepas jadikan rutin
"Lawas buang air, tak lapar dan rasa ok badan." Kak Rafeah
"Kalau tak buang air besar dua hari pun, tak sembelit." Cikgu Mohaya
Pagi, tengah hari, petang dan malam.
Pelanggan lain turut berkongsi pengalaman berkaitan:

"Perut pun dah lembut, dulu keras dan buncit. Sekarang lawas setiap pagi lepas makan."
Dah lebih 2 bulan mengamalkan SERI, dah tak minum minuman lain langsung.
- Lawas setiap pagi lepas sarapan
- Perut rasa lebih lembut, tak keras macam dulu
- Tidur malam turut lebih nyenyak
Lawas membuang, bukan bermakna cirit birit.

"Kita ok je setakat ni. Bkn cirit birit…"
Baru 2 hari, amalkan minum Seri.
Berdasarkan pengalaman Kak Rafeah, Cikgu Mohaya, Cik Ton dan Cik Senah (rujuk maklum balas pengguna penuh di atas). Pengalaman individu berbeza-beza.
Apa Yang Perlu Awak Tahu, Sebelum Jadikan SERI Rutin
Ringkas sahaja, ini sebab pembuangan air besar jadi kurang lawas bila usia meningkat, dan kenapa rutin harian yang mudah jadi lebih penting berbanding waktu muda dulu.
1. Kenapa ramai rasa susah nak membuang bila usia meningkat
Beberapa faktor biasa berlaku serentak: pergerakan usus (motiliti) beransur perlahan, pengambilan air dan serat sering berkurang, dan aktiviti fizikal harian pun cenderung menurun. Secara purata, 18.9% warga berusia 60–93 tahun alami sembelit menurut satu meta-analisis global (2023).

2. Ini bukan sesuatu yang "salah" dengan badan awak
Bukan tanda badan awak rosak, cuma corak penghadaman yang memang berubah dengan usia, bukan sesuatu yang perlu dirisaukan berlebihan.
Usus perlukan gabungan cecair, serat, dan pergerakan fizikal yang mencukupi untuk kekal berfungsi lancar. Bila salah satu kurang, isi perut jadi lebih keras dan lebih sukar dikeluarkan.

3. Kenapa moringa & pandan dipilih dalam SERI
Daun moringa jadi asas SERI sebab dikenali kaya nutrien semula jadi. Elmoringa tanam sendiri pokok moringa untuk pastikan kualiti daun. Satu kajian awal (model haiwan) dalam jurnal Frontiers in Microbiology (2023) meneroka potensi ekstrak daun moringa untuk sokongan penghadaman, tapi ini bukan kajian ke atas manusia atau ke atas produk SERI, dikongsi sekadar konteks pendidikan am, bukan tuntutan perubatan.
Pandan wangi pula ditambah untuk rasa dan aroma, moringa kosong rasanya lebih "flat", pandan buat ia lebih sedap dan senang dijadikan rutin harian. Ia bahagian rasa & wangi dalam SERI, bukan bahan yang kami kaitkan dengan mekanisme pembuangan air besar.
Rujukan: Salari et al. (2023), Wiener klinische Wochenschrift, 135(15), 389–398, DOI: 10.1007/s00508-023-02156-w · van der Schoot et al. (2022), The American Journal of Clinical Nutrition, 116(4), 953–969, DOI: 10.1093/ajcn/nqac184 · Moringa oleifera leaf alleviates functional constipation, Frontiers in Microbiology, Vol. 14 (2023), DOI: 10.3389/fmicb.2023.1315402. Semua dikongsi sebagai konteks pendidikan am; bukan kajian ke atas produk SERI atau ke atas manusia (kecuali Salari, yang merupakan kajian epidemiologi manusia tentang kadar sembelit, bukan kesan rawatan).
Rutin Minuman Botani Yang Mudah Diamalkan
SERI ialah minuman botani moringa & pandan wangi untuk penghadaman harian, gabungan dua bahan dalam satu uncang, supaya rutin harian senang nak diamalkan, bukan sesuatu yang membebankan.

Tinggal rendam, tak payah cari, cuci, atau rebus pandan sendiri
Ramai suka amalan minum air pandan, tapi ramai juga berhenti sebab proses nak cari daun pandan segar, cuci, dan rebus setiap kali nak minum, leceh untuk jadikan rutin harian. SERI selesaikan bahagian paling leceh tu: daun pandan wangi dah siap sedia dalam uncang bersama moringa, tinggal rendam dalam air suam.
Macam kata Kak Emma yang dah cuba: "Tak payah rebus pandan sendiri, tinggal rendam je, rasa dia sangat sedap."
Kak Rafeah minum SERI suam sebelum sarapan setiap pagi. Cikgu Mohaya pula jadikan ia rutin sepanjang hari, minum pagi, tengah hari lepas makan, dan malam sebelum tidur. Satu bekas besar (kole) tahan tiga ke empat kali minum, tak payah bancuh baru setiap kali.
Penting: SERI adalah minuman botani harian, bukan ubat untuk merawat sembelit. Ia sebahagian daripada rutin yang mudah diamalkan, bukan penyelesaian segera.
- Kena cari daun pandan segar, cuci, dan rebus setiap kali
- Leceh nak jadikan rutin tetap setiap hari
- Tinggal rendam, wangi pandan terus keluar, rasa tak pahit
- Senang dijadikan rutin pagi, tengah hari, dan malam
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman peribadi pelanggan yang dikongsikan (rujuk testimoni di atas). Kesan individu berbeza.
Disahkan pihak berkuasa berkaitan.
Antara soalan paling kerap ditanya sebelum beli: kandungan sebenar dan kelulusan rasmi. Ini yang kami boleh tunjukkan.
Sijil MeSTI, Kementerian Kesihatan Malaysia
Elmoringa PLT telah memenuhi syarat pensijilan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) di bawah KKM. No. Pensijilan: ME1025052-0/1.
Permohonan pensijilan Halal JAKIM untuk SERI sedang dalam proses.
Status semasa: sijil MeSTI sah · Halal, dalam permohonanBukan Kak Rafeah, Cikgu Mohaya dan Cik Ton sahaja yang berkongsi pengalaman selepas jadikan SERI rutin.

"Letak kepala je, terus rasa nak lena. Malam senang tidur, dulu sampai pukul 1 pagi tak boleh tidur."
"Sakit kepala dan sakit leher kurang, badan rasa lebih ringan macam bertenaga."
"Tak payah susah-susah rebus pandan sendiri, tinggal rendam je, rasa dia sangat sedap. Bau wangi."
Pengalaman ini dikongsi oleh pelanggan dengan keizinan. Pengalaman individu adalah berbeza dan produk bukan bagi tujuan nasihat atau rawatan perubatan.
Cara Bancuh Teh SERI Gaya Kak Rafeah & Cikgu Mohaya

Rendam sekali, minum sepanjang hari.
Rendam satu uncang dengan air suam/panas dalam cawan atau kole besar. Minum pagi, tengah hari, dan malam.
Selepas minum bahagian pagi, simpan baki dalam termos panas atau peti ais. Bila nak minum waktu tengah hari dan malam, campur air panas lain untuk minum suam.
Jadikan sebahagian rutin petang atau sebelum tidur. Tak payah rebus pandan sendiri, tak payah tunggu sejuk, tak payah tapis, tinggal rendam.
Boleh tambah 1 sudu kecil madu kelulut jika mahukan lebih sedap.
Tiada gula tambahan, tiada rutin rumit.Ringkas, semulajadi, tanpa tambahan yang tak perlu.

Daun Moringa
Kaya nutrien semulajadi, ditanam sendiri oleh Elmoringa.
Pandan Wangi
Aroma harum, rasa lembut, senang dijadikan rutin harian.
Tiada Gula Tambahan
Pilihan yang lebih sihat untuk minuman harian.
Sokong Penghadaman
Sebahagian rutin harian untuk sokong pembuangan air besar lebih lawas.
Lembut di Tekak
Sesuai untuk seisi keluarga, tak pahit, senang diminum.
Sijil MeSTI KKM
Diproses ikut piawaian keselamatan makanan Kementerian Kesihatan.
Kenapa ramai pilih SERI berbanding cara biasa.
Ramai yang biasa minum teh pandan atau teh moringa kosong secara berasingan. Ini perbandingan ringkas dengan SERI moringa pandan, gabungan kedua-duanya dalam satu uncang.
| SERI | Teh moringa kosong | Rebus pandan sendiri | |
|---|---|---|---|
| Wangi pandan & rasa lembut | |||
| Tinggal rendam, tak payah rebus | |||
| Sijil MeSTI KKM | Tak pasti | Tak berkenaan | |
| Masa penyediaan | < 5 minit | < 5 minit | 20–30 minit + tunggu sejuk |
| Gula tambahan | 0g | Berbeza ikut jenama | 0g (buat sendiri) |
Perbandingan berdasarkan maklumat produk & pengalaman pelanggan yang dikongsikan. Bukan kajian saintifik berbanding jenama lain.
Pilih Pakej SERI Anda
Lagi banyak ambil, lagi rendah harga setiap pouch.

Pilihan paling berbaloi untuk rutin 3 bulan penuh

Untuk rasa perubahan yang lebih ketara, bukan sekadar cuba

Sesuai untuk mula, rasa dulu sebelum sambung rutin
Semua pakej termasuk pos Semenanjung & COD
*Anggaran tempoh guna berdasarkan kekerapan minum 1x sehari. Sabah/Sarawak & kawasan lain, sila WhatsApp kami untuk kos penghantaran.
Ragu-ragu sebelum beli? Tanya kami dulu.
Setiap pakej SERI dikeluarkan di bawah sijil MeSTI KKM dan diproses ikut piawaian keselamatan makanan. Kalau ada soalan tentang kandungan, cara guna, atau kesesuaian untuk keadaan kesihatan tertentu, WhatsApp kami dulu sebelum order.
Kami lebih suka anda tanya dulu, daripada teragak-agak.
Nak Order Melalui WhatsApp?
Klik butang hijau di bawah untuk hubungi kami dan order melalui WhatsApp. Sila nyatakan pakej yang anda mahu. Pembayaran boleh dibuat melalui online transfer & QR code.
WhatsApp KamiSoalan Lazim Tentang Minuman Botani SERI & Pembuangan Air Besar
Kenapa daun moringa dicampur dengan daun pandan?
Dua sebab, untuk tujuan kesihatan (pandan diamalkan turun-temurun sebagai bahan aromatik menenangkan) dan untuk rasa & wangi (moringa kosong rasanya lebih "flat", pandan buat ia lebih sedap dan lembut diminum).
Ada cara atasi susah buang air besar secara semula jadi?
Masalah sembelit biasanya berkait dengan gabungan beberapa faktor: kurang air, kurang serat, dan kurang pergerakan fizikal. Langkah asas yang selalu disarankan termasuk minum air secukupnya sepanjang hari, tambah pengambilan serat (sayur, buah, bijirin penuh), dan aktif bergerak setiap hari. Minuman botani seperti SERI boleh jadi sebahagian rutin ini, bukan penyelesaian tunggal.
Ada sijil rasmi ke?
Ya. Elmoringa PLT memegang sijil MeSTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (No. ME1025052-0/1). Permohonan pensijilan Halal JAKIM untuk SERI sedang dalam proses.
Lepas direndam, boleh tahan berapa lama?
Elok diminum dalam masa 24 jam. Simpan dalam peti sejuk kalau tak habis serta-merta. Kalau sedikit lebih dari 24 jam, ramai pelanggan dapati ia masih elok, tapi kami sarankan minum dalam tempoh 24 jam untuk kesegaran terbaik.
Boleh rendam lebih dari sekali?
Boleh. Satu uncang biasanya tahan 2 hingga 4 kali rendam, bergantung pada berapa pekat anda suka rasanya.
Ada gula dalam SERI?
Tiada gula tambahan. Kalau suka lebih manis, sesetengah pelanggan tambah madu kelulut sendiri ikut citarasa.
Saya ada masalah kesihatan tertentu (contoh: kencing manis, darah tinggi). Boleh minum?
SERI adalah minuman botani harian untuk amalan gaya hidup sihat, bukan ubat. Jika anda mempunyai keadaan kesihatan tertentu atau sedang dalam rawatan perubatan, sila rujuk doktor anda dahulu sebelum mengamalkan sebarang produk baru, dan jangan hentikan ubat yang sedang diambil tanpa nasihat doktor.
Berapa lama nak nampak kesan pada pembuangan air besar?
Setiap orang berbeza. Sebagai amalan harian yang konsisten (bersama pengambilan air & serat yang cukup, serta aktiviti fizikal), sesetengah pelanggan kongsikan mereka mula rasa perubahan dalam beberapa minggu. Ini bukan penyelesaian segera, ia sebahagian daripada rutin, bukan ubat pencahar segera.
Saya rasa lebih kerap nak membuang air besar bila baru mula minum SERI, normal ke?
Ya, sesetengah pelanggan kongsikan mereka rasa lebih kerap nak membuang air besar pada hari-hari awal mengamalkan SERI. Ini biasanya bahagian daripada badan menyesuaikan diri dengan rutin baru, bukan tanda sesuatu yang tak kena, dan bukan cirit-birit. Kalau rasa terlalu kerap atau letih, boleh minum sehari, rehat sehari (selang hari), dan pastikan pengambilan air kosong dicukupkan. Jika ada sebarang kebimbangan atau simptom lain, sila rujuk doktor.
SERI sesuai untuk warga emas dengan masalah sembelit?
SERI sesuai untuk pelbagai peringkat umur termasuk warga emas, tiada gula tambahan dan diproses ikut piawaian MeSTI KKM. Walaupun begitu, SERI bukan ubat dan tidak dimaksudkan untuk merawat atau menyembuhkan sembelit. Jika sembelit berterusan, teruk, atau disertai gejala lain (contoh: sakit perut teruk, darah dalam najis, penurunan berat badan mendadak), sila dapatkan nasihat doktor segera.
Awak dah baca sejauh ini.
Bagi usus awak peluang untuk kembali lawas, mulai hari ni.
SERI, daun moringa & pandan wangi, tiada gula tambahan, sijil MeSTI KKM. Rutin harian yang ringkas, bukan ubat segera.
Tak biasa checkout online? Guna WhatsApp, kami bantu terus.
