Sering Rasa Tidak Puas Selepas Buang Air Besar? | Elmoringa
🌿
ELMORINGA
Edukasi Kesihatan Usus
Sering Rasa Tidak Puas Selepas Buang Air Besar? Kenali Tanda Awal Kanser Usus & Bahaya Gula Pada Sel
Kanser kolon hampir tidak bergejala pada peringkat awal. Fahami mekanisme sebenar di sebalik usus yang sihat dan langkah harian yang anda boleh kawal.
7,000+
kes baharu kanser kolon direkodkan setahun di Malaysia
70%
kes hanya dikesan pada Tahap 3 & 4
Baru-baru ini, ramai netizen Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian seorang pramugara popular yang meninggal dunia akibat kanser kolon tahap 4.
Kisah beliau membuka mata ramai pihak tentang betapa "senyapnya" dan bahayanya kanser kolon berkembang. Hampir tidak bergejala pada peringkat awal, sehinggalah ia dikesan pada tahap yang sudah terlalu lewat.
Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Mengapa ramai yang terlepas pandang tanda-tanda awal ini?
Dan apa kaitannya dengan apa yang kita suap ke dalam mulut setiap hari?
Bukan Hanya Warga Emas
Kanser Usus Kini Serang Golongan Muda
Ramai anggap kanser usus hanya risiko golongan warga emas. Menurut Datuk Dr. Luqman Mazlan, Pakar Bedah Am dan Kolorektal, dalam satu temu bual di Awani Pagi, walaupun majoriti pesakit kanser usus masih terdiri daripada golongan berusia 60-an ke atas, peningkatan kes dalam kalangan individu berusia 20-an, 30-an dan 40-an kini semakin ketara.
Menurut beliau, peningkatan ini banyak dipengaruhi oleh perubahan gaya hidup moden termasuk pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal, dan tekanan harian yang tinggi.
Realiti hari ini, makanan tinggi gula dan minyak mudah didapati di merata tempat. Ramai yang kelihatan sihat di luar sebenarnya turut terdedah kepada kesan buruk pemakanan sebegini pada tahap sel.
Rujukan: Temu bual Datuk Dr. Luqman Mazlan bersama Awani Pagi
Kenapa Golongan Muda Kini Lebih Berisiko?
Satu kajian terkini oleh penyelidik dari Washington University (WashU Medicine), diterbitkan dalam jurnal Nature Medicine, memberi sedikit penjelasan sains di sebalik trend ini. Kajian yang menganalisis data lebih 150,000 orang dewasa muda di United Kingdom mendapati bahawa generasi yang dilahirkan lebih lewat menunjukkan tanda "penuaan biologi" yang lebih pantas berbanding usia sebenar mereka.
Penuaan biologi yang dipercepatkan ini dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser peringkat awal. terutamanya kanser paru-paru, gastrousus (termasuk kolon), dan rahim. Lebih spesifik, penyelidik mendapati penuaan tisu lemak (adipose) yang lebih pantas dikaitkan khusus dengan peningkatan risiko kanser kolorektal peringkat awal.
Antara faktor yang menyumbang kepada penuaan biologi dipercepatkan dalam kalangan generasi muda ialah obesiti, gangguan metabolik, pengambilan alkohol, gaya hidup kurang aktif, dan kualiti pemakanan rendah. Faktor yang sama yang kita bincangkan sepanjang artikel ini.
Kajian lain turut mendapati sesuatu menarik: pesakit obes dengan kanser kolorektal menunjukkan lebih sedikit mutasi gen pemacu berbanding pesakit dengan indeks jisim badan normal. Mencadangkan proses sel bertukar menjadi kanser mungkin berlaku lebih pantas dalam badan yang mengalami keradangan metabolik kronik. Ini mungkin menjelaskan kenapa kes kanser kolon semakin meningkat dalam kalangan golongan muda, walaupun kes dalam kalangan warga emas semakin menurun akibat saringan awal yang lebih baik.
Mesej pentingnya: penjagaan sel melalui pemakanan sihat dan pengurangan gula/fruktosa bukan lagi soal "nanti bila dah tua". Ia keutamaan yang perlu bermula seawal mungkin.
Rujukan: "Biological aging and generational shifts in early-onset cancer risk", Nature Medicine, WashU Medicine
Mitos Yang Ramai Percaya
Bacaan HbA1c Normal Tapi... Ini Yang Ramai Tersilap Faham
Apabila bercakap tentang gula, kebanyakan kita hanya terfikir tentang kencing manis, potong kaki, atau bacaan HbA1c. Kalau bacaan HbA1c normal, ramai rasa mereka "selamat" untuk terus menikmati minuman manis, boba, dan makanan tinggi fruktosa setiap hari.
Ini adalah kesilapan yang boleh membawa akibat besar.
Kesan buruk gula terutamanya fruktosa yang banyak tersembunyi dalam air berkarbonat, sos, dan makanan siap diproses. Tidak berhenti setakat paras gula dalam darah sahaja. Ia pergi jauh lebih dalam, sehingga ke peringkat sel badan kita.
Sains Ringkas
Makanan, Radikal Bebas, dan Punca Mutasi DNA Sel
Mutasi DNA dalam bahasa paling mudah ialah kesilapan ejaan dalam "buku manual" badan kita.
Bayangkan DNA macam buku resepi rahsia yang beritahu setiap sel dalam badan macam mana nak membesar, bekerja, dan membahagi. Buku ni ada berbilion "perkataan" (kod genetik).
Bila badan buat sel baharu, ia kena "salin" buku resepi ni semula. Kadang-kadang, semasa proses salin ni, ada satu perkataan yang tersalah taip, terpadam, atau tertukar. Itulah mutasi.
Kebanyakan kesilapan kecil ni terus dibetulkan oleh badan sendiri. Tapi kalau kesilapan berlaku tepat pada bahagian penting contohnya "arahan" yang suruh sel mati bila dah rosak (proses bernama apoptosis) : sel yang patut mati tu tak mati, malah terus membiak tanpa kawalan. Lama-kelamaan, lambakan sel yang "ejaannya salah" ni boleh bentuk tumor.
Risiko kesilapan ini meningkat apabila sel badan kerap terdedah kepada:
Radikal bebas dan toksin
Asap rokok dan alkohol
Keradangan metabolik kronik akibat pengambilan gula dan fruktosa berlebihan
Bila mutasi berlaku tepat pada bahagian yang sepatutnya jadi "gen keselamatan" tu, sel yang rosak gagal dilenyapkan, terus membelah dan membiak tanpa kawalan barulah lambakan sel ini berkumpul dan membentuk tumor.
Jangan Keliru
Beza Tumor dan Kanser Usus
Semua kanser adalah tumor, tetapi bukan semua tumor itu kanser.
Ciri-ciri
Tumor Benigna
Tumor Maligna (Kanser)
Kadar pertumbuhan
Perlahan
Cepat dan agresif
Merebak ke organ lain?
Tidak
Ya (metastasis)
Sempadan ketulan
Jelas dan setempat
Tidak jelas, menyusup
Ancaman nyawa
Jarang berbahaya
Berisiko tinggi jika lewat dirawat
Perkembangan biasanya bermula sebagai polip kecil yang jinak pada dinding kolon. Jika persekitaran usus terus terdedah kepada keradangan dan radikal bebas. Antaranya akibat tabiat pemakanan tinggi gula. Polip ini berisiko mengalami mutasi lanjutan.
Ilustrasi: Perjalanan perubahan sel usus biasanya berlaku secara berperingkat. Daripada perubahan kecil seperti polip sehingga sebahagiannya boleh berkembang menjadi kanser selepas tempoh tertentu. Pemeriksaan awal membantu mengesan perubahan sebelum menjadi lebih serius.
Kanser kolon peringkat awal hampir tiada gejala ketara sehinggalah muncul tanda seperti tabiat berak berubah, perubahan pada najis, kerap rasa nak berak, dan perut rasa tak kosong sepenuhnya lepas berak.
Tanda Usus Kotor
Kenapa Sembelit Bukan Sekadar "Tak Selesa"
Ramai orang ingat kalau tak berak 2-3 hari tu perkara biasa, asalkan perut tak sakit sangat. Tapi sebenarnya, tempoh "simpan" najis yang lama inilah punca utama persekitaran usus jadi bertoksin.
Bila najis "terperangkap" lebih 24 jam, beberapa perkara mula berlaku:
Penyerapan semula toksin (autointoksikasi) : toksin yang sepatutnya dibuang turut terserap semula ke dalam aliran darah
Proses pembusukan (putrefaction) : sisa makanan yang tidak hadam mula membusuk dan menghasilkan gas beracun
Serangan radikal bebas pada dinding usus : meningkatkan risiko keradangan kronik dan mutasi DNA
Begitu juga kalau kerap rasa nak berak tapi bila dah di tandas rasa tak lega, atau berak jadi keras dan susah keluar. Ini semua tanda badan sedang cuba beritahu sesuatu tak kena dengan sistem penghadaman anda.
Rujukan Antarabangsa
Apa Kata Sains Antarabangsa Tentang Bakteria Usus dan Kanser
Dalam buku terkenalnya Eat to Beat Disease, Dr. William Li yang merupakan pakar perubatan dan penyelidik kanser antarabangsa. Menjelaskan bahawa gangguan pada keseimbangan bakteria usus (dysbiosis) dikaitkan dengan pelbagai penyakit serius, termasuk kanser pada organ saluran gastrousus seperti esofagus, perut, pankreas, dan kolon.
Konsep short-chain fatty acids (SCFA) hasil sampingan apabila bakteria baik memetabolismekan serat turut menarik. Butyrate dikenal pasti sebagai sumber tenaga utama untuk sel-sel kolon, membantu mengekalkan kesihatan dinding kolon serta memberi kesan anti-radang.
Rujukan: William Li, MD, "Eat to Beat Disease: The New Science of How Your Body Can Heal Itself"
Cara Lawaskan Pembuangan Air Besar Secara Semula Jadi
Serat yang mencukupi : serat larut melembutkan najis, serat tidak larut mempercepatkan pergerakan usus.
Sokongan mikrobiom usus : Lactobacillus dan Bifidobacteria penting untuk melawan bakteria patogen.
Daun Moringa antara herba yang banyak dikaji dari sudut sokongan pencernaan : kandungan serat dan prebiotik semula jadinya menyokong pergerakan usus dan pertumbuhan bakteria baik. Sifat anti-radangnya (quercetin & kaempferol) dikaitkan dengan sokongan terhadap dinding usus yang lebih tenang.
Sebatian quercetin dan kaempferol tergolong dalam kumpulan phenolic compounds yang dikaji dari sudut sifat antioksidan : bidang kajian yang masih berkembang, bukan bukti muktamad pada manusia.
Penting: Moringa bukan ubat dan tidak dimaksudkan untuk merawat, mencegah, atau menyembuhkan sebarang penyakit termasuk kanser. Ia adalah bahan semula jadi sebagai sebahagian amalan pemakanan sihat harian.
Kisah Benar Pelanggan
Bila Rutin Harian Diubah, Badan Beri Respon
Kak Che Ros : Bergelut Sejak Muda, Kini Lega Setiap Pagi
Kak Che Ros sudah lama menghadapi masalah usus yang sukar membuang air besar sejak zaman mudanya. Keadaan ini pernah menjadi begitu teruk sehingga semasa tempoh bersalin, beliau mengalami pendarahan setiap kali cuba membuang air besar sehingga terpaksa mendapatkan rawatan hospital untuk melegakan keadaan.
Kini, alhamdulillah, selepas beliau mengamalkan Kapsul Eltrim dan Moringa secara konsisten, Kak Che Ros kongsikan yang beliau dapat membuang air besar setiap pagi tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada buah-buahan seperti betik atau limau.
Ini adalah pengalaman peribadi seorang pengguna. Hasil boleh berbeza-beza mengikut individu. Sila dapatkan nasihat doktor untuk sebarang masalah pendarahan atau simptom usus yang serius.
Tuan Zuhaini : Kongsi Perubahan Selepas Tambah Eltrim dalam Rutin
Tuan Zuhaini sebenarnya sudah lama mengamalkan Kapsul Moringa dalam rutin hariannya. Selepas isterinya, Puan Ema, mencadangkan penambahan Kapsul Eltrim ke dalam amalan tersebut, beliau kongsikan yang proses pembuangan air besar menjadi lebih lawas dan konsisten, dan badan terasa lebih ringan.
Ini adalah pengalaman peribadi seorang pengguna. Hasil boleh berbeza-beza mengikut individu.
Setiap individu berbeza. Keputusan bergantung kepada konsistensi, gaya hidup, dan keadaan kesihatan masing-masing. Yang penting, mulakan langkah pertama.
Sokongan Rutin Harian
Bagaimana Elmoringa Boleh Bantu Rutin Harian Anda?
Selepas baca sejauh ini, mungkin anda rasa macam kami. Bila faham betapa bahaya dan senyapnya kanser usus berkembang, kita jadi lebih serius nak jaga rutin harian. Bukan sebab takut, tapi sebab nak buat sesuatu yang kita boleh kawal.
🌿 Penggerak Usus Semula Jadi
Kapsul Moringa
Kaya magnesium & serat larut yang menyokong pergerakan usus secara semula jadi. Kandungan prebiotiknya turut membantu memberi "makanan" kepada bakteria baik dalam usus.
💡 Vitamin larut lemak dalam Moringa (A, D, E, K) memerlukan lemak baik untuk diserap dengan optimum. Sebab itu ia disyorkan diamalkan bersama VCO Fermentasi.
🧄 Sokong Penghadaman
Kapsul Eltrim
Gabungan halba, halia, bawang putih, kunyit & lada hitam : rempah anti-radang dan karminatif yang membantu merangsang penghadaman dan mengurangkan rasa kembung.
🍵 Amalan Harian Tanpa Gula
SERI Moringa + Pandan Wangi
Minuman botani harian, tanpa gula tambahan senang diamalkan sebagai rutin pagi atau petang, selari dengan prinsip kurangkan gula/fruktosa yang kita bincangkan sepanjang artikel ini.
Sijil Halal dalam proses permohonan
🥥 Kuatkan Imun Usus
VCO Fermentasi Berprobiotik
Bertindak sebagai pelincir semula jadi dalam usus, membantu melembutkan najis dan menyokong keseimbangan bakteria baik. Sebahagian besar sistem imun terletak dalam usus, VCO Fermentasi mengandungi probiotik & asid laurik yang membantu persekitaran usus kekal seimbang.
Halal & MeSTI Bertauliah
Order Sekarang
Bagaimana Nak Mula?
Pilih produk yang sesuai dengan keperluan anda, atau WhatsApp Azi untuk cadangan kombinasi terbaik.
🎁 Combo Ikhtiar 2 BulanJIMAT RM37
Set lengkap sokongan usus gabungan kapsul, minyak, dan teh untuk amalan harian yang konsisten:
2 Botol Kapsul Moringa (200 biji)
1 Botol Kapsul Eltrim (100 biji)
1 Botol VCO Fermentasi (isian 250ml)
1 Teh Moringa Pandan Wangi (10 uncang)
1 Teh Misai Kucing + Pandan Wangi (10 uncang)
RM236
RM199
Termasuk pos seluruh Semenanjung · Jimat RM37 berbanding beli berasingan