Jerebu bukan setakat buat tekak sakit.
Sel badan kita pun ‘stress’.
Ini yang kebanyakan orang tak tahu.
▶ Tonton video ringkas ini:
Bila jerebu datang, kita fikir pasal tekak, hidung dan mata. Tapi ada sesuatu yang berlaku lebih halus dalam badan, dan jarang diterangkan dengan mudah. Baca sampai habis, ia cuma beberapa minit.
Duduk dalam rumah, tapi badan tetap rasa penat?
Musim jerebu, kita kurang keluar. Aktiviti pun berkurang. Tekak tak selesa, badan lenguh-lenguh, dan rasa penat yang tak hilang walaupun sudah tidur cukup.
Ramai sangka “cuaca je ni”, lalu biarkan. Hari demi hari, badan terus bekerja lebih keras daripada biasa.
Dari jerebu ke ‘oxidative stress’ dalam 4 langkah
Penerangan ringkas, tanpa istilah yang menyusahkan:

- Zarah halus (PM2.5)Jerebu mengandungi zarah yang jauh lebih halus daripada sehelai rambut, cukup kecil untuk masuk jauh ke dalam saluran pernafasan.
- Sel imun bertindak balasBadan cuba melawan zarah itu. Sel imun diaktifkan dan keradangan boleh berlaku.
- Free radicals terhasilDalam proses itu terhasil molekul tak stabil yang dipanggil free radicals, yang boleh merosakkan sel.
- Oxidative stressBila free radicals lebih banyak daripada antioksidan yang badan ada, itulah yang dikenali sebagai oxidative stress.
Ini penerangan umum untuk kefahaman, bukan diagnosis. Kesan kepada setiap orang berbeza ikut tahap jerebu, tempoh pendedahan dan kesihatan masing-masing.
Macam besi berkarat
Bayangkan besi yang lama terdedah pada udara lembap. Perlahan-lahan ia berkarat.

Sel badan kita pun begitu. Bila free radicals terlalu banyak dan tiada yang mengimbangi, sel berada dalam tekanan. Yang mengimbangi ialah antioksidan.
Kalau badan terus kekurangan sokongan
Bila badan lama berada dalam keadaan tertekan tanpa sokongan yang cukup, rasa penat dan lenguh boleh berpanjangan. Ia bukan sebab awak lemah. Badan memang sedang bekerja lebih.
Kabar baiknya, ada langkah mudah yang boleh kita ikhtiarkan setiap hari.
Antioksidan datang daripada makanan
Badan memerlukan antioksidan daripada pemakanan harian. Antara sumber semula jadi ialah sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan dan herba.
Kabar baiknya, kita tak perlu cari makanan yang pelik atau mahal. Banyak yang kita dah ada di dapur dan di pasar.

Gambar: Antara sebahagian makanan yang mengandungi antioksidan dan mudah didapati di Malaysia.
1. Makan pelbagai warna
Warna pada makanan sebenarnya petunjuk. Warna yang berbeza menandakan sebatian semula jadi yang berbeza. Jadi lebih banyak warna dalam pinggan, lebih pelbagai sokongan untuk badan.
- 🔴 Merah: tomato, jambu batu merah
- 🟠 Oren dan kuning: ubi keledek, betik, lobak merah
- 🟣 Ungu: terung, ubi keledek ungu
- 🟢 Hijau: ulam, bayam, sawi, pucuk ubi
2. Ulam kampung: harta yang kita ada
Orang kita dah lama makan ulam. Ulam raja, pegaga, kesum, selom dan pucuk paku, semuanya mudah didapati dan murah.
Selain serat, vitamin dan mineral, beberapa kajian di Malaysia mendapati ulam seperti ulam raja mengandungi sebatian antioksidan yang tinggi.
- Basuh bersih sebelum makan.
- Makan segar bersama nasi, ikan atau ayam dan sambal.
- Kalau gigi kurang kuat, ulam yang lembut seperti pucuk paku dan kesum lebih mudah.
3. Sayur hijau dan buah-buahan
Sayur hijau seperti bayam, sawi dan pucuk ubi ialah sumber serat, vitamin dan mineral yang baik. Buah seperti jambu batu dan betik pula antara sumber vitamin C yang mudah didapati dan berpatutan.
- Pilih buah segar berbanding jus bergula.
- Masak ringkas: kukus, rebus atau tumis sedikit minyak.
- Elak minyak goreng yang dipanaskan berulang kali.
Kalau awak ada kencing manis, pilih jenis dan kuantiti buah yang sesuai. Boleh rujuk doktor atau pegawai pemakanan.
4. Cara mudah: pinggan “Suku Suku Separuh”
Kementerian Kesihatan menggalakkan pinggan sihat Suku Suku Separuh:
- Separuh pinggan: sayur dan buah
- Suku pinggan: nasi atau karbohidrat
- Suku pinggan: ikan, ayam, telur atau lauk
Itu cara paling mudah untuk pastikan antioksidan daripada makanan masuk setiap hari.
Tapi mungkin kita tak ada akses setiap hari
Tapi mungkin kita tak ada akses untuk makan semua jenis makanan ni dalam setiap hari. Kadang-kadang selera kurang, gigi tak kuat, atau susah nak cari ulam segar.
Moringa: salah satu sumber antioksidan harian
Jadi, boleh jadikan rutin makan atau minum Moringa setiap hari sebagai salah satu sumber antioksidan awak.
Kami di ElMoringa sedaya upaya mengekalkan nutrisi dalam daun semasa proses pengeringan pada suhu yang rendah, supaya nutrien terjaga.
Daun Moringa dikenali sebagai sumber sebatian antioksidan semula jadi, antaranya polifenol dan vitamin C. Sebab itu ia sesuai diamalkan setiap hari sebagai sokongan pemakanan.

Gambar: contoh rutin mengamalkan Serbuk Moringa bersama hidangan harian: nasi, telur, ayam, sayur dan sambal belacan. Taburkan sekitar 1 sudu kecil dan gaulkan bersama nasi. Rasa makanan kekal seperti biasa.
- Makan pelbagai warna: sayur, ulam dan buah setiap hari.
- Ikut pinggan Suku Suku Separuh.
- Jadikan Moringa rutin harian sebagai salah satu sumber antioksidan.
Siapa di sebalik ElMoringa?
Saya Azi. Saya disahkan kencing manis pada umur 36 tahun. Sekarang saya 45 dan kekal aktif dengan menjaga amalan harian saya.
Moringa kami diproses sendiri. Pengalaman kami lebih 6 tahun, dan produk ini bukan OEM.
Pilih cara yang paling senang awak amalkan
Tiga format, satu bahan utama: daun Moringa. Pilih mengikut gaya hidup awak.
SERI
Serbuk Daun Moringa
Kapsul ElMoringa
Tak pasti nak pilih yang mana? Terus WhatsApp kami dan ceritakan gaya hidup awak. Kami cadangkan yang sesuai, tanpa tekanan.
Soalan lazim
Macam mana nak pilih antara kapsul, serbuk dan SERI?
Suka amal Moringa dalam bentuk minuman panas atau sejuk sebagai rutin minuman harian: SERI.
Selalu masak di rumah dan ada masa untuk tabur atas makanan: serbuk.
Sibuk dan banyak bergerak: kapsul.
Atau boleh jer WhatsApp kami untuk dicadangkan.
Macam mana nak order?
Tekan mana-mana butang WhatsApp di atas. Beritahu produk yang awak pilih dan alamat penghantaran. Kami akan bantu sehingga selesai.
Adakah ini ubat?
Tidak. Ini produk sokongan pemakanan dan bukan pengganti rawatan perubatan atau ubat doktor. Jika ada masalah kesihatan, rujuk doktor.
Jangan tunggu badan penat dulu
Musim jerebu mengingatkan kita untuk jaga badan dari dalam. Mulakan dengan langkah kecil yang awak mampu amalkan setiap hari.
WhatsApp kami: taip JEREBUBeritahu sama ada awak mahu kapsul, serbuk atau SERI.
Sokongan pemakanan. Bukan pengganti rawatan perubatan.
Maklumat di halaman ini bersifat pendidikan umum. Keputusan berbeza bagi setiap individu. Jika anda mengandung, menyusu, atau sedang menjalani rawatan, rujuk doktor sebelum mengambil sebarang suplemen.
© ElMoringa Plt, Kota Tinggi, Johor

