"Paksi Usus–Otak–Saraf (Gut-Brain Axis)"
Kadang kita fikir sakit pinggang sebab bawa barang berat.
Kebas tangan sebab salah bantal masa tidur.
Perut berangin sebab salah makan.
Tapi bila baca buku Gut ni, azi “tersentak” dengar penjelasan pasal paksi usus–otak–saraf.
Rupanya, semua ni saling berkait macam jalan besar dan lorong kecil dalam satu bandar.
✅ Usus ada "otak kedua" – namanya enteric nervous system. Dia urus lebih 100 juta saraf, hantar mesej 24 jam tanpa henti.
✅ Mikrobiota (bakteria baik) dalam usus hantar signal kimia (neurotransmitter) dan hormon ke otak.
✅ Bila usus tenang → saraf pun tenang, otot lega, tidur lena.
✅ Bila usus "merajuk" → signal keliru, saraf mula tegang, otot lenguh, badan cepat letih.
Jadi logiknya—betulkan usus, saraf pun beransur pulih.
Kenapa Ini Penting Untuk Kita?
Bila usus mula bersih, signal ke otak dan saraf jadi jelas semula.
Bila signal jelas, tubuh pandai “baiki diri” — sakit reda, kebas hilang, badan ringan.
Masalahnya, tak ramai yang tahu cara flush dan repair usus-saraf ni setiap hari.
Sebab itu ramai ulang kitaran: makan ubat → lega sekejap → datang balik.